
Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi
Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Kenali senjata wanita: Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian" -Kitab Melayu Lama Tajul Muluk
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.
Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan.
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan
Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian
Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.
Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.
Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.
Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita
Pujian adalah makanan minda dan ia meransang otak. Otak yang teransang hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif
Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri didalam rumah.
Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
1. teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima apa yang sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah dari perkataan keji
Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.
Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."
